Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat digunakan oleh Dewan Rakyat iaitu dewan rendah bagi Parlimen Malaysia sebagai panduan penting dalam mengendalikan perbahasan, proses meluluskan undang-undang, pertanyaan dan hak ahli majlis mesyuarat. Penentuan dan tindak-tanduk sesebuah parlimen juga berpaut pada isi kandungan peraturan mesyuarat. Walau bagaimanapun, mempunyai peraturan mesyuarat tidak memadai untuk mengukur sesuatu kesempurnaan parlimen yang demokratik, tetapi isi kandungannya memainkan faktor penting untuk mempraktikkan kuasa bagi menyemak dan mengimbangi pihak eksekutif kerajaan. Oleh itu, isi kandungan peraturan mesyuarat mengawal setiap perjalanan parlimen. Sekiranya peraturan tersebut lemah, maka fungsi parlimen itu sendiri tidak berfungsi secara demokratik. Kerajaan telah berjaya mengawal fungsi dan perjalanan Dewan Rakyat dengan mengubah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dari masa ke semasa. Namun, reformasi parlimen di Malaysia masih kurang membincangkan peraturan mesyuarat yang merupakan manual penting dalam menentukan proses dan perjalanan parlimen. Oleh itu, usaha dalam meneliti dan meminda Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat penting dalam merealisasikan agenda reformasi parlimen secara komprehensif.Isu Peraturan Majlis Mesyuarat: